| 2008 | |||
| 2007 | |||
| 2006 | |||
| 2005 | |||
| 2004 | |||
| 2003 | |||
| 2002 | |||
| 2001 | |||
| 2000 | |||
| 1999 | |||
| 1998 | |||
| 1997 | |||
![]() |
![]() |
|
SPEECH BY MR MASAGOS ZULKIFLI BMM, SENIOR PARLIAMENTARY SECRETARY, MINISTRY OF EDUCATION, AT THE LAUNCH OF THE MALAY BIG BOOK ‘KUCING ISTIMEWA PIPIN’, ON FRIDAY, 28 MARCH 2008, 2.30 PM AT YIO CHU KANG PRIMARY SCHOOL
Ms Teo Lian Geok Superintendent, N3 Cluster
Mrs Toh Boon Keng Principal, Yio Chu Kang Primary School
Distinguished guests
Principals, teachers, ladies and gentlemen
Good afternoon.
Introduction
1. It gives me great pleasure to be with you this afternoon at the launch of the Malay Big Book entitled ‘Kucing Istimewa Pipin’.
2. I will deliver my speech in English before continuing in Malay.
Empowering Teachers in Education
3. Malay Language teachers play a vital role in nurturing a deep interest in and passion for Malay language among our students. That is why the new Malay Language primary syllabus and instructional materials, MEKAR, empowers teachers to create their own teaching resources to meet the needs of their pupils. Malay Language teachers are thus strongly encouraged to constantly innovate to engage pupils creatively and effectively in their classroom teaching.
4. I am encouraged to see our very own teachers putting their hearts into creating resources that benefit both pupils and peers. Teachers are deeply involved in their pupils’ learning, and so they know what works for their own pupils.
5. The big book that we are launching today is a fine example of a teacher-initiated teaching resource. I was informed that it took almost two years for the book to be published. I understand the project was the brainchild of Miss Ariyanti Bte Sukaimi, a Malay language teacher from Yio Chu Kang Primary. Miss Ariyanti devised an innovative teaching and learning package for the school called Come Read With Me or in Malay – “Mari Baca Bersama Saya”. In the course of the two years, she worked with the National Institute of Education and the Ministry of Education on the content, illustration and design for this interactive three-dimensional book, the first of its kind to be published. The result of this labour of love is a book with unique features that engage the pupils’ sense of hearing, sight and touch, suitable for use in our lower primary classrooms. I am very sure that this precious resource will bring much excitement to the classroom, and stir pupils’ interest in the Malay language.
6. The publication of “Kucing Istimewa Pipin” is timely as it supports the New Malay Language Primary Syllabus and is aligned to the philosophy of SEED-ML which focuses on effective engagement and development of pupils.
7. The book is also a fine example of teachers’ endeavours to develop interesting and engaging instructional materials. It is a pursuit that is aligned with the call of the Malay Language Curriculum and Pedagogy Review Committee to provide learning materials that will engage pupils in the learning of the Malay Language.
8. I hope more teachers will come on board to tap on the resources that are available and find new and innovative ways to engage pupils creatively and effectively in the classroom.
9. I am glad to note that the workshop to be held later will be conducted by teachers for teachers. This exchange of skills and knowledge amongst teachers is important in developing good pedagogical approaches that take into account, amongst other things, pupils’ profile, interests and prior knowledge. There is also a need to continuously assess the use of the resources so as to ensure that they are effective in improving and enhancing the teaching and learning process. Going forward, teachers can continue to renew their initiatives by developing additional resources which can improve the Malay language proficiency of our pupils.
Conclusion
10. My warmest congratulations to Yio Chu Kang Primary School for the publication of the Big Book, ‘Kucing Istimewa Pipin’.
11. I wish all teachers here a fruitful session this afternoon. Thank you.
_____________________________________________________________________________
Pengenalan
Para hadirin sekalian,
1. Saya amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama anda pada petang ini dalam Majlis Pelancaran Buku Besar yang bertajuk ‘Kucing Istimewa Pipin’.
Memperkasa guru-guru dalam pendidikan
2. Sukatan pelajaran yang baharu dan pakej bahan pengajaran peringkat sekolah rendah yang baharu, MEKAR, membantu untuk memperkasa guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Walaupun banyak jenis bahan bercetak dan IT yang telah dihasilkan, para guru digalakkan supaya terus kreatif menghasilkan bahan-bahan pengajaran mereka sendiri demi memenuhi keperluan para pelajar yang berbeza. Guru-guru Bahasa Melayu digalakkan agar sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk melibatkan murid secara kreatif dan efektif dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.
3. Penerbitan buku ‘Kucing Istimewa Pipin’ ini memang tepat pada masanya. Ia bertepatan dengan bermulanya pelaksanaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang baharu, yang bertujuan untuk menggunakan strategi pembangunan dan pelibatan murid secara efektif. Ia sejajar dengan falsafah SEED untuk Bahasa Melayu agar para pelajar dapat melibatkan diri secara efektif dalam pembelajaran mereka.
4. Penerbitan buku besar ‘Kucing Istimewa Pipin’ ini merupakan suatu contoh baik inisiatif para guru dalam penghasilan bahan-bahan pengajaran berdasarkan keperluan murid. Saya telah dimaklumkan bahawa penerbitan buku ini telah mengambil masa selama hampir dua tahun. Ia merupakan suatu usaha yang berbaloi, memandangkan buat pertama kalinya sebuah buku tiga dimensi telah dapat dihasilkan untuk dimanfaatkan oleh para guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
5. Proses penghasilan dan percubaan buku besar ini melibatkan kerjasama dengan NIE dan ia menjadikan buku besar ini baik dari aspek pedagogi dan sesuai digunakan untuk para pelajar peringkat rendah bawah.
6. Saya berharap lebih ramai guru akan bersama-sama berkongsi bahan yang mereka bina dan memikirkan cara-cara baharu dan inovatif untuk melibatkan murid secara kreatif dan efektif dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu
7. Pendidikan adalah keutamaan bagi Singapura. Pihak Kementerian Pendidikan akan terus membina dan menyediakan prasarana yang sesuai sebagai menyokong dan memotivasikan guru-guru untuk meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya yang mencabar ini. Usaha yang dijalankan untuk menerbitkan buku besar ‘Kucing Istimewa Pipin’ adalah selaras dengan saranan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu (MLCPRC) yang diketengahkan pada tahun 2005 bagi Kementerian Pendidikan dan sekolah menyediakan bahan-bahan pengajaran yang dapat menggalakkan pelibatan murid dalam proses pembelajaran mereka.
8. Untuk mencapai hasrat MLCPRC, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
9. Jawatankuasa ini akan meneruskan sokongan yang diberikan kepada guru-guru yang mempunyai idea-idea kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hingga kini, MLLPC telah memberi sokongan kepada sekolah-sekolah dalam penerbitan bahan-bahan pendidikan dan juga pelbagai aktiviti yang menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu.
10. Saya juga menyokong bengkel yang akan dijalankan pada hari ini. Bengkel yang diusahakan oleh guru untuk guru ini amat penting kerana pertukaran kemahiran dan ilmu di kalangan pendidik, akan menghasilkan lebih banyak bahan pengajaran yang mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu para pelajar kita.
11. Saya juga berharap, usaha baik yang ditunjukkan pada hari ini akan menggalakkan lebih ramai guru Bahasa Melayu untuk ke hadapan berkongsi kreativiti dan kepakaran mereka dalam usaha menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Hal ini sudah pasti boleh menjadi pemangkin bagi para guru meningkatkan kebolehan mereka untuk berkhidmat sebagai Guru Kanan dan Guru Pakar Bahasa melayu.
Kesimpulan
12. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekolah Rendah Yio Chu Kang atas penerbitan buku besar “Kucing Istimewa Pipin”.
Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Jika ilmu tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah
13. Semoga bengkel hari ini bermanfaat kepada guru-guru sekalian dan bakal mencetuskan lebih banyak idea kreatif lagi inovatif untuk pengajaran bahasa Melayu.
14. Terima Kasih.
|
|
Page Last Updated : 28-Mar-2008 This site is best viewed with IE ver 5.x and Netscape ver 7.x Copyright 2004 Ministry of Education. All rights reserved. Privacy Statement | Terms of Use |